sales funnel

4 Perkara anda perlu tahu berkaitan Sales Funnel

1. Apa itu Sales Funnel?

Sales Funnel atau dalam bahasa Melayunya dinamakan Corong Jualan.

Ia merupakan satu proses/sistem yang melorongkan pergerakan  seseorang daripada Stranger kepada Buyer.

Apabila seseorang itu masuk kedalam sistem Sales Funnel secara automatiknya mereka akan dipandu ketempat-tempat (pages tertentu dalam website) sehinggalah mereka membeli produk/servis yang ditawarkan.

Contoh :

Ali taip di Google berkaitan dengan “Cara Menjalankan Perniagaan Internet”. Kemudian ia terjumpa post ini (5 Sebab Mengapa perlu mulakan perniagaan internet) di dalam website fairuzrazak.my.

Pada akhir post tersebut terdapat tawaran untuk mendapatkan ebook “Panduan Sales Funnel for Newbies” dengan harga RM 10.00.

Ali tertarik dengan tawaran tersebut dan membeli ebook tersebut.

Secara  tak langsung Ali telah melalui Proses Sales Funnel :

Google —> Blog Post (dalam website) –> Ebook (landing page jual ebook)

2. Mengapa Sales Funnel Penting?

Sales Funnel sangat penting dalam bisnes online kerana di ALAM MAYA anda tidak berpeluang untuk bercakap dan berbual dengan prospek anda.

Berbeza dengan bisnes biasa, lebih mudah untuk mempengaruhi prospek secara bertentangan mata.

Jadi  dalam online, SALES FUNNEL itu sendiri akan bertindak sebagai SALES PERSON anda.

BACA JUGA : Contoh Sales Funnel Untuk Ejen Penapis Air

3. Cara untuk Tarik Traffik (Leads)

Perkara paling penting dalam SALES FUNNEL adalah bagaimana untuk menarik traffik ke dalam sistem yang telah anda buat.

Apabila traffik mula memasuki FUNNEL anda, secara automatiknya mereka akan di “proses” sehinggalah membuat pembelian. Cuba kita lihat sales Funnel di bawah ini:

5 perkara penting berkaitan sales funnel

Sebanyak 1000 prospek telah memasuki sistem SALES FUNNEL.

Daripada 1000 yang masuk 100 orang dilihat berminat dalam tawaran yang diberikan.

Tetapi hanya 10 orang sahaja yang membeli prosuk/servis tersebut.

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menarik traffik antaranya adalah dengan menggunakan plaform pengiklanan berbayar seperti Google Ads dan Facebook Ads. 

Jika tidak mampu, anda boleh sahaja menggunakan medium percuma seperti Group Whatsapp, telegram, FB group ,Instagram dan sebagainya.

BACA JUGA : Cara “Bedah” Sales Funnel Pesaing anda.

 4. Conversion Rate (CR)

Satu indikasi yang penting dalam Sales Funnel ialah Conversion Rate (CR) .

Cara mengiranya adalah mudah sahaja. Rumusnya adalah seperti dibawah ini :

CR (%) = (PROSPEK / LEADS) X 100 ———-(1)

Dalam contoh sales funnel di atas ,Leads = 1000 dan prospek = 1000.

Jadi bedasarkan rumus di (1) Conversion Rate ialah 10% (conversion prospek daripada  leads).

Sama juga pengiraannya jika kita ingin melihat conversion rate daripada prospek menjadi buyer.

Daripada rumus diatas kita dapat tahu bahawa semakin tinggi Conversion Rate ,semakin tinggi sales yang bakal kita dapat.

Nak buat Sales Funnel untuk bisnes online anda? KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PANDUAN SALES FUNNEL 4 NEWBIES

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top